Tindakan itu merupakan antara intipati pembentangan Belanjawan Alternatif 2018 yang dibentangkan oleh Harapan di Bangunan Sementara di Parlimen hari ini.
"Pakatan Harapan komited untuk menghapuskan GST melalui penarafan sifar tetapi kami akan mengekalkan sistem pelaporan.
"Kami berhasrat untuk kembali ke kaedah pra-GST mengenai perkara cukai penggunaan,"' petik intipati belanjawan Harapan hari ini.
Menjelaskan perihal itu, Harapan menjelaskan penghapusan GST tidak akan menyebabkan kerugian hasil yang teruk sebanyak RM42 bilion seperti yang didakwa oleh kerajaan BN.
"Sebaliknya, kerugian hasil fiskal langsung yang terkawal adalah sebanyak RM 14 bilion," petik kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, untuk 2018, Harapan bertekad untuk menghapuskan sebanyak RM20 bilion daripada pembaziran dan rasuah.
Sebahagian daripada pembaziran dan rasuah ini termasuklah pemotongan peruntukan Jabatan Perdana Menteri, menurunkan peruntukan RM20.80 bilion ke paras boleh diterima iaitu RM8.40 bilion.



No comments:
Post a Comment