Seorang bapa baru-baru ini berkongsi kisahnya ketika mengambil report card anaknya di sekolah. Menurutnya, kerja rumah yang diberi kepada murid sekolah zaman kini memberi tekanan kepada mereka.
Melalui perkongsiannya di Facebook Wasfi Ahmad menulis,
Saya khabarkan kepada guru-guru kelas anak saya bahawa mereka semakin stres dengan kerja rumah, semakin hari mereka menjadi bosan untuk menyiapkan kerja sekolah.
Wasfi turut berkata bahawa keceriaan anak-anaknya semakin lama semakin pudar. Sebagai ayah, dia tidak mahu menekankan anaknya untuk menyiapkan kerja sekolah yang banyak kerana sehingga pada satu tahap mereka tidak mampu untuk berfikir untuk menyiapkan kerja sekolah yang mudah.
Malah, menurutnya anak-anaknya sudah tidak ada keikhlasan untuk menyiapkan kerja rumah dan hanya melakukannya kerana takut dimarahi cikgu di sekolah. Disebabkan itu, isterinya yang sering menyiapkan kerja sekolah anak-anak.
Wasfi kemudian berkata pada guru anak-anaknya bahawa dia sama sekali tidak kisah jika kanak-kanak itu semua tidak mendapat A atau tidak menjadi pelajar cemerlang di sekolah sekalipun.
Saya menghantar mereka ke sekolah supaya mereka boleh belajar untuk bergaul, berkawan, belajar untuk berkomunikasi dan menikmati hidup mereka sebagai kanak-kanak.
![]() |
| Sumber : Facebook |
Dia turut menyuarakan pendapatnya bahawa sistem pendidikan untuk murid sekarang tidak menjadikan mereka kanak-kanak yang ceria dan bebas melakukan aktiviti.
Sistem ini menekan anak-anak kita, menjadikan mereka stres di usia yang sangat sangat muda.
Di akhir statusnya, Wasfi menekankan apa yang ingin disampaikannya,
Anak saya bukan bahan ujikaji Kementerian Pelajaran.
Apa pendapat anda berkenaan isu yang diperkatakan warga marhaen ini?



No comments:
Post a Comment