Murah betul rezeki Dato’ Siti kita ini kan? Setelah disahkan berbadan dua dengan usia kandungan yang kini mencecah empat bulan, Dato’ Siti kali ini telah dikurniakan dengan darjat kebesaran yang membawa kepada gelaran Dato’ Seri.
![]() |
| Dato’ Seri Siti bersama suaminya, Dato’ K |
Menerusi perkongsian Dato’ Siti di laman Instagramnya, beliau melahirkan perasaan syukur di atas anugerah yang diberikan oleh Sultan Pahang . Berita itu sekali lagi antara tuah diterima bulan ini selepas disahkan hamil.
Pertama sekali saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang di atas pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang dan sebagai rakyat Pahang, ini merupakan satu penghormatan kepada saya.
Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.
![]() |
| Dato’ Seri Siti semasa menerima anugerah kebesaran |
Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya.
Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza.
![]() |
Dato’ Seri Siti bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang |
Sekali lagi saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang, semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dapat terus memerintah negeri ini sempena memuliakan ulangtahun hari keputeraan Tuanku.
Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama , Bangsa , Negeri & Negara Patik.. Menjunjung Kasih Tuanku ..Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang .





No comments:
Post a Comment